Thursday 20 September 2012

PENGENALAN KEPADA SAMSUNG GALAXY TAB








Kali ni kami ingin sharekan serba sedikit pendapat kami mengenai Samsung Galaxy tab yang mana kami dipilih. Kedua-dua model yang kami  cuba ni merupakan 2 model yang berlainan iaitu model yang mempunyai 3G+ wifi, manakala satu lagi yang cuma memiliki connection wifi sahaja. Apa pun,  teruskan membaca pendapat kami ini ni .

Sebenarnya kami agak berminat dengan rekaan bagi Samsung Galaxy Tab ni yang agak besar sedikit daripada saiz normal telefon pintar yang lain, tetapi levih kecil daripada saiz iPad. Bagi kami, untuk sesuatu gadget, saiz seperti iPad adalah terlebih kecil manakala saiz seperti telefon pintar adalah agak kecil. Jadi dengan saiz Samsung Galaxy Tab yang agak sederhana amat memuaskan hati kami. Tak besar, dan tak kecil. Ok ok ajer.

Samsung Galaxy Tab ni didatangkan dengan 2 model yang utama iaitu P1000 yang lengkap dengan 3G serta wifi manakala P1010 cuma dilengkapi dengan wifi saja. Secara asasnya, kedua-dua model ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama (bole dikatakan sama dari segala aspek) yang mana membezakan antara keduanya cuma kemampuan untuk 3G sahaja.

Bagi pengguna yang selalu pergi ke tempat-tempat yang tiada mempunyai sambungan wireless (wifi), kami sarankan korang membeli Galaxy Tab P1000 sebab tab ini mempunyai kebolehan untuk membuat sambungan kepada capaian internet melalui sambungan 3G. Manakala untuk pengguna yang sekadar pergi ke tempat yang mempunyai akses wireless (wifi) rasanya cukup sekadar memiliki Galaxy Tab P1010 yang sekadar mempunyai sambungan kepada wifi. Kenapa perlu membeli model yang mempunyai 3g kalau setakat menggunakan wifi secara penuh kan. Dapat jimat sedikit wang di sini.
Dari segi perbezaan harga, kedua-dua model ini mempunyai perbezaan harga sekitar RM1000 macam tu. Model 3g+wifi boleh dibeli pada harga RM2000 (harga anggaran) manakala model wifi boleh didapati dengan harga RM1000 (malah ada yang lagi murah daripada harga ni). Pandai-pandailah pilih ikut keperluan, samada membayar pada harga RM2000 untuk tab yang mempunyai sambungan 3G dan wifi ataupun sekadar mengambil model yang cuma mempunyai sambungan wireless.

So, korang nak gunakan model yang mana jika diberi pilihan? Adakah sambungan wifi sudah memadai? ataupun korang masih memerlukan sambungan internet melalui 3g juga? Semua tu terpulang kepada korang. Janji jangan membazir dah la k…thank u



1 comment:

  1. ayam bangkok aduan Live terbesar di indonesia hanya di AGEN BOLAVITA

    Situs Bandar Online Bola Online Aman & Terpercaya
    Tersedia Sbobet / Maxbet / 368Bet
    Dapatkan Bonus Deposit Pertama 10% / Bonus Cashback 5% - 10%
    Proses Deposit & Withdraw Fast Respone & 24 Jam Online
    Menangkan Jutaan Rupiah Dengan Deposit Minimal IDR 50.000
    Daftar Sekarang Juga Di Website www. bolavita .site

    Hubungi Customer Service Kami Untuk Info Lengkap (24 Jam ) :
    • BBM: BOLAVITA
    • WeChat: BOLAVITA
    • WA: +62812-2222-995
    • Line : cs_bolavita

    ReplyDelete