Wednesday 19 September 2012

KEPENTINGAN SAMSUNG GALAXY TAB


 Samsung adalah salah satu pengeluar telefon mudah alih terkemuka dunia    memang tidak pernah sunyi dari mengeluarkan model terbaru untuk produk keluarannya. Sebagai syarikat terkemuka, Samsung pastinya berusaha untuk meningkatkan jumlah pelanggannya dengan memperlbagaikan jenis keluarannya bagi memikat hati seluruh lapisan masyarakat. Dari model termurah ke model termahalnya masing-masing memiliki kelebihan tersendiri. Kali ini Samsung memperkenalkan premium dunia tablet mudah alih pertama dengan Super AMOLED Plus Display untuk mereka yang mementingkan gaya selain tampil elit.


Ia menjadi tablet pertama di dunia menampilkan Super AMOLED Plus Display, dengan resolusi tinggi skrin pintar yang memberikan anda pengalaman menonton yang sangat menakjubkan. Selain itu, saiznya yang unik memudahkan ia dibawa ke mana saja selain pelbagai kegunaan lain yang tidak pernah difikirkan anda. Pengguna kini boleh menikmati pengalaman menonton dengan lebih terang, prestasi yang berkuasa dan kandungan yang pelbagai.



Didatangkan dalam salut logam yang menarik dan dilengkapi ciri-ciri tersendiri, tablet ini mampu memenuhi cita rasa golongan yang mementingkan gaya dalam kehidupan. Samsung GALAXY Tab 7.7 menunjukkan komitmen berterusan Samsung kepada inovasi. Selain itu, produk ini menjadi antara yang terbaru dipasarkan dengan ciri-ciri ringan, kuat, malah termaju dari segi teknologi. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Samsung, syarikat itu mensasarkan produknya akan terus mengekalkan kedudukan sebagai salah satu pembekal telefon mudah alih terkemuka di Malaysia.



Dengan berat hanya 340 gram dan 7.89mm nipis, GALAXY Tab 7.7 adalah salah satu daripada kebanyakan peranti mudah alih di pasaran, memberikan kesempurnaan untuk diletakkan dalam poket, tas tangan atau jaket. Dilengkapi dengan pemproses teras dua 1.4GHz dan Android Honeycomb 3.2, ia menjadi pek lengkap untuk semua. Pada masa sama, mengekalkan reka bentuk yang paling memikat. Selain menikmati muat turun dengan pantas, penyambungan segera dan pengalaman menonton maksimum, GALAXY Tab 7.7 juga membolehkan pengguna membuat panggilan suara dan video tanpa menggunakan alat dengar.



Dengan rangkaian HSPA + 21 Mbps, anda akan mengalami pengalaman muat naik dan muat turun yang sangat pantas. Ia juga dilengkapi dengan bateri 5100 mAh, menyediakan sehingga 10 jam masa main balik video tanpa menjejaskan hayat bateri. GALAXY Tab 7.7 dijual pada harga RM2000 dan boleh didapati di semua outlet Samsung.


Kalau inginkan tablet wifi + 3g + Call, sms, 3g videocall Functioning + Screen terang benderang + processor laju, Galaxy Tab 7.7 adalah jawapannya..


  • Call & SMS Function + 3G Video Call
  • Screen 7.7" Super Amoled Plus
  •  Android 3.2 Honeycomb
  • Dual-core 1.4 GHz Cortex-A9
  • Chipset Exynos
  • GPU Mali-400MP
  • 1 Year SME Warranty
Price only RM2000

1 comment: